nuffnang

Friday, July 30, 2010

Kursus di Kelantan

Assalamualaikum..

Alhamdulilah setelah 4 hari di Kelantan akhirnya aku balik ke rumah hari..home sweet home...
Ekceli aku ke Kelantan dari Isnin lepas (26.7.2010) hingga Khamis (29.7.2010) jadi  urusetia untuk kursus steno2  yg bertugas kat kkm..

So ni la kronologi citer kursus (malas  nak taip panjang2 sebab penat..)


26.07.2010:

Aku gi Kelantan naik flight dengan bos aku.Kami berdua je pagi tu naik flight coz bigboss naik flight malam.Dalam kul 10.30 pagi kami berlepas dari KLIA dan sampai kat Kelantan pukul 11.30 pagi.Sampai di Airport KB kami terus ke Hotel Ridel, KB
Sampai hotel tugasan urusetia dah bermula...

ni le hotel yang kami menginap tu..view dari seberang kampung sungai kelantan
sumber: web
(tak sempat snap pic hotel ni very d biziz)


aku ngan bos aku check bilik-bilik yang akan diduduki oleh steno2 ni selama 4 hari.
Pas dah check bilik dan rest kejap, so time untuk tunggu steno2 sampai dari Putrajaya.Memandangkan steno2 ni naik bas jadi perjalanan diorang mengambil masa 8 jam lebih mcm tu.Lebih kurang kul 7 mlm steno2 ni sampai dan bermulalah sesi pendaftaran.
Malam pula ada sesi taklimat untuk kursus steno ni tapi taklimatnya pun kejap ajer coz steno steno penat naik bas (aku pun penat juga..kuang kuang kuang)
Malam...aku tido ngan lena takde bangun2 dah...penat nyer pasal....

27.07.2010

Sesi kursus bermula untuk steno2..Best juga sebab at least aku dapat share ilmu2 pasal steno..especially pasal grooming..yolah nak jalan mcm top model itew pun ada cara-caranya, nak mekap pun ada cara-caranya..
Sesi kursus habis sampai kul enam..

Malam pula kitaorg gi jenjalan kat pasar malam kat area pasar siti khadijah..aku tak beli apa pun sekadar rembat MacD aje..

28.07.2010

Hari berikutnya kami gi ke Pasar Siti Khadijah, kali ni aku dan steno2 gi soping dan borong sakan kat situ.Aku beli serunding dan keropok aje..kain kain malaih nak beli sebab baru dpt kain dari mak aku beli kat Bandung.Cuma aku rembat tudung aje..hihihihi..

view pasar ni sama mcm aku pergi
sumber:web

Petang pulak kitaorg gi Rantau Panjang..yg ni aku ada le soping sikit..setakat beli t-shirt tu husband dan anak-anak je..aku pun tak tau nak beli apa sebab sama je mcm kat KB..aku ngan bos aku byk round-round aje kat Rantau Panjang..
 Kul 5 petang kami ke PKD Pasir Mas, Timbalan Pengarah Pengurusan JKN Kelantan belanja makan durian..serius ckp durian nya sedap giler..kalau ikut aku nak rembat ajer apa yg ader tp kena la kontrol sikit kan..ala takpe balik aku carik la durian leh makan puas2.
Malam pula ada sesi penutup dan penyampaian sijil..ada dinner lagi dan karaoke pun ader..aku sekadar tgk je steno2 nyanyi (kang aku nyanyi kang ada la hujan turun..kuang kuang kuang)

29.07.2010

Yahuu..suda sampai masanya nak balik.aku dah tak sabar2 balik ni jumpa husband ngan anak2..lepas setel2 apa yg patut kat hotel so aku, bos dan bigboss ke airport kb.flight kul 11.30 dan alhamdulilah kami selamat sampai jam 12.30 tgh.aku balik trus ke Putrajaya naik erl..sampai2 je my husband dah tunggu..wahhh aku rindukan mukanya yg comel tu hihihi...haziq dan akashah pula jumpa lepas diorang habis kelas KAFA.

Walau pun penat jadi urusetia ni,sekurang2nya aku dpt byk pengalaman dan dpt mengenali steno2 dekat dekat lagi..Insya-allah di lain masa aku akan ke kelantan lagi.

No comments: